Home Pertahanan dan Keselamatan PPM rampas 12,000 liter minyak diesel tanpa permit sah di Bintulu

PPM rampas 12,000 liter minyak diesel tanpa permit sah di Bintulu

by Air Times News Network

BINTULU, 11 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menerusi Operasi Kontraban berjaya merampas 12,000 liter minyak diesel tanpa permit sah di dalam sebuah lori tangki rigid di Batu 8 Bintulu-Miri, hari ini.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, Op Kontraban ini dibuat bersama anggota dari Jabatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu.

“Semasa menjalankan Op Kontraban pasukan telah membuat pemeriksaan di tepi jalan utama Batu 8 Bintulu-Miri telah dan menahan seorang lelaki tempatan yang membawa sebuah lori tangki rigid dengan muatan minyak mengandungi 12,000 liter diesel,

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik lori tersebut gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen kebenaran memiliki, menyimpan atau membawa barang kawalan tanpa permit, tanpa lesen serta tanpa kebenaran daripada pihak KPDNHEP,

“Orang yang disyaki telah ditahan, semua barang rampasan dan tangkapan dirujuk kepada pihak KPDNHEP Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply