Home Pertahanan dan Keselamatan PGA cekup 2 warga asing cuba seludup 47 gelen petrol

PGA cekup 2 warga asing cuba seludup 47 gelen petrol

by Nurulhuda

SEMPORNA, 08 Ogos – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 2 lelaki warga asing bersama 47 gelen berisi minyak petrol yang cuba diseludup keluar ke negara jiran di perairan Pulau Mataking, pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, Superintenden Mohd Yacob Murad berkata, penahanan itu dibuat ketika pasukannya sedang menjalankan rondaan Operasi Benteng di perairan tersebut dan terserempak dengan 3 buah bot laju dari arah Pulau Kalapuan menuju ke perairan Filipina.

“Menyedari kehadiran pasukan Polis PGA, ketiga-tiga bot berkenaan kelihatan memecut laju namun 2 daripada bot tersebut berjaya di pintas dan ditahan. Namun sebuah bot lagi berjaya melepaskan diri,

“Pemeriksaan lanjut keatas juragan kedua-dua bot itu, mendapati 2 lelaki masing-masing berumur 18 tahun dan 32 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam hantaran di media sosial rasmi milik Batalion 14 PGA, semalam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot-bot tersebut telah menjumpai sebanyak 47 gelen berkapasiti 30 liter berisi bahan api petrol dipercayai petrol bersubsidi yang cuba diseludup keluar ke pulau-pulau berhampiran di Filipina.

“Turut dirampas dalam kejadian tersebut adalah 2 buah bot, 2 buah enjin bot jenama Yamaha 40 hp, 3 buah tangki minyak berkapasiti 25 liter, sebuah telefon bimbit serta wang tunai RM 486.30 dipercayai adalah wang yang digunakan untuk transaksi jual beli minyak petrol bersubsidi tersebut,

“Anggaran kasar nilai keseluruhan hasil rampasan adalah berjumlah RM 34,601 30,” jelasnya.

Beliau menegaskan, kesemua tangkapan serta rampasan di bawa ke IPD Semporna untuk siasatan dan tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply