KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.
“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka,
“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,
“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya semasa perutusan khas, hari ini.
Beliau juga berkata, tidak akan mengorbankan prinsip dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. – airtimes.my