KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah membuat satu laporan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin kerana menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Beliau telah mengeluarkan beberapa perkataan yang mungkin bersifat tidak hormat dan biadap terhadap Agong,
” Zuraidah telah memperkecil dan perlekeh fungsi serta kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelas Fahmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurut beliau, Zuraidah telah bertindak demikian dalam satu wawancara oleh stesyen televisyen tempatan pada 2 Ogos.
” Tindakan sebegini akan mengapikan mana-mana golongan dan ianya satu tindakan yang melanggar undang-undang,
” Saya percaya lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh pihak lain selepas ini,” katanya. – airtimes.my