712
PUTRAJAYA, 17 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 12,528 kes baharu COVID-19 pada hari ini.
Angka terbaharu ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 905,851 kes.
Dalam perincian kes mengikut negeri, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masih mencatatkan kes dalam 4 angka.
Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 4,985 kes, diikuti Kuala Lumpur 1,740 dan Negeri Sembilan dengan 1,280 kes. – airtimes.my