Home Semasa Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu

Rodzi dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Jul – Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Rodzi ini mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan serta bencana di Malaysia terutamanya dalam menangani pandemik COVID-19.

Rodzi, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Domografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan serta pengurusan bencana.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimilki oleh Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan serta bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik COVID-19,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply