Home Politik Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai PM

Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin sebagai PM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Ahli-ahli Jemaah Menteri telah membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan ahli-ahli Jemaah Menteri berkata, keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung, pada hari ini.

“Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak,

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply