Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki tempatan ditahan cuba seludup rokok bernilai RM113,320 ribu

Lelaki tempatan ditahan cuba seludup rokok bernilai RM113,320 ribu

by Air Times News Network

BELURAN, 6 Jan – ESSCOM menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana cuba seludup 4,040 bungkus rokok pelbagai jenama di jalan Kampung Manduring, Sabah, kelmarin.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan berkata, sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux warna hitam telah melalui laluan tikus jalan Kampung Manduring, Road Chek Point (RCP) Sapi Nangoh yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek dan kenderaan berjaya ditahan oleh pasukan PGA yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sejumlah rokok seludup yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.

“Antara jenis rokok seludup yang dijumpai dalam kenderaan tersebut adalah 1,600 bungkus rokok jenama Astro Merah,1,000 bungkus rokok jenama Era Biru, 50 bungkus rokok jenama Astro Hijau, 50 bungkus rokok jenama LA, 50 bungkus rokok jenama A Satu Mild, 200 bungkus rokok jenama Surya 12, 200 bungkus rokok jenama A Satu premium dan 690 bungkus rokok jenama Magnum,

“Nilai keseluruhan rampasan rokok seludup dianggarkan berjumlah RM113,320 ribu,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek yang berumur 39 tahun telah ditahan untuk siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply