Home Semasa Fasa 2 PPN: Pengoperasian pejabat kerajaan di 5 negeri secara hibrid, BDR

Fasa 2 PPN: Pengoperasian pejabat kerajaan di 5 negeri secara hibrid, BDR

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 4 Jul – Pengoperasian pejabat kerajaan negeri yang telah beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara hybrid melalui keberadaan di pejabat serta bekerja dari rumah (BDR).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelaksanaan ini menggunakan pendekatan dengan kehadiran di pejabat tidak melebihi 40 peratus bagi keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan) dan 60 peratus BDR secara penggiliran.

“Semua mesyuarat dan perbincangan pula dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan,

“Perkhidmatan kaunter adalah dibuka dan tertakluk seperti mana arahan pada 29 Jun lalu,

“Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja,

“Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut Mohd Zuki, arahan itu terpakai bagi mana-mana negeri yang beralih ke PPN fasa dua.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan peralihan PPN fasa dua bagi Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa esok. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply