Home SemasaGlobal Thailand tambah pembelian pesawat Airbus C295

Thailand tambah pembelian pesawat Airbus C295

by Air Times News Network

BANGKOK, 21 Jun – Kementerian Pertahanan Thailand telah membuat pembelian tambahan pesawat Airbus C295.

Tambahan pembelian baharu ini menjadikan 3 buah pesawat yang akan dikendalikan oleh Tentera Diraja Thailand (RTA), bagi meningkatkan armada C295 negara itu.

Menurut pihak Airbus, pesawat akan dihantar pada tahun 2023, merupakan konfigurasi pengangkutan utiliti.

C295 memainkan peranan penting bagi RTA dalam misi pengangkutan kargo hingga evakuasi perubatan dan penggunaan pasukan payung terjun.

Ketua Asia Pasifik di Airbus Defence and Space, Johan Pelissier berkata, tambahan terbaharu dari Kementerian Pertahanan Thailand ini menunjukkan keyakinan yang berterusan terhadap kemampuan pengangkutan ketenteraan Airbus.

“C295 semakin popular di Asia Pasifik kerana kemampuan modular dan berdaya tahan,

“Kos operasi yang rendah berbanding platform lain dari kelasnya menjadikan pesawat ini mempunyai prospek yang baik untuk tentera,

“Kami tentunya berharap dapat menyokong armada C295 yang sedang berkembang di rantau ini,” tambah Pelissier. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply