TEL AVIV, 21 Jun – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet hari ini memberi kepada HAMAS bahawa pihaknya akan bertindak lebih agresif sekiranya berlaku konflik baharu di Gaza.
Naftali dalam Majlis Peringatan Perang Gaza 2014 menyatakan kerajaan baharu dibentuknya semakin hilang sabar dengan Hamas.
Dalam tempoh seminggu selepas Benjamin Netanyahu disingkirkan, Israel telah melancarkan dua serangan udara di Gaza sebagai tindak balas serangan belon berapi.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan keganasan dan serangan roket. Kami sudah hilang sabar,” kata Naftali yang dipetik oleh media Israel.
Menurutnya, masyarakat Palestin perlu menerima persepsi baharu dalam inisiatif, agresif dan inovasi Israel.
“Kami tidak mempunyai niat untuk mencederakan mereka yang tidak melawan Israel,
“Israel tidak mempunyai sebarang perasaan benci terhadap penduduk Palestin yang menjadi tawanan kumpulan pengganas,” katanya.
Pada minggu lalu, Israel telah melancarkan serangan terhadap beberapa sasaran di Gaza pada Selasa dan Khamis sebagai tindak balas terhadap serangan belon berapi.
Israel sebelum ini melancarkan serangan besar-besaran selama 11 hari di Gaza pada Mei lalu.
Serangan tersebut telah menyebabkan 240 penduduk Palestin termasuk 63 kanak-kanak.
Konflik bersenjata di antara Tel Aviv – Gaza turut menyaksikan seramai 12 orang penduduk Israel maut. – airtimes.my