Home Pertahanan dan Keselamatan 3 lelaki terjun laut, Polis Marin rampas 4.3kg syabu

3 lelaki terjun laut, Polis Marin rampas 4.3kg syabu

by Nurulhuda

TAWAU, 15 Jun – Tindakan 3 lelaki disyaki ahli sindiket penyeludupan dadah terjun ke laut selepas bot yang dinaiki mereka dihampiri Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menemukan dadah jenis syabu dianggarkan 4.3 kilogram di Kampung Hidayat, malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau Wilayah 4 Sabah, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail berkata, penemuan tersebut dibuat oleh anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM Wilayah 4 bersama Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau di Kampung Hidayat, Tawau.

“Rondaan dan pemantauan oleh pasukan berkenaan di kawasan tersebut telah mengesan dan menghampiri 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan,

“Semasa menghampiri bot untuk diperiksa, kelihatan 3 orang telah bertindak terjun ke laut dan melarikan diri meninggalkan bot mereka,” katanya dalam hantaran di media sosial milik PPM Wilayah 4 Sabah, hari ini.

5 bungkusan hitam pelbagai saiz mengandungi plastik lutsinar disyaki ketulan dadah jenis syabu yang berat dianggarkan 4.3 kilogram. Foto: PPM Wilayah 4, Sabah.

Beliau berkata, pemeriksaan awal keatas bot telah menjumpai sebuah beg berwarna biru hitam yang mengadnungi 5 bungkusan hitam pelbagai saiz mengandungi plastik lutsinar disyaki ketulan dadah jenis syabu yang berat dianggarkan 4.3 kilogram,

“Bot berkenaan telah di tunda dan dibawa ke Markas Operasi Polis Marin Tawau untuk pemeriksaan lanjut,

“Turut dirampas sebuah bot fiber bersama enjin 200hp dan sebuah perahu kayu bersama enjin 15hp berserta dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM426,725.00,

“Kes akan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dan disiasat dibawa seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Mohd Nazari turut mengingatkan orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply