Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM tingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel

PDRM tingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kawalan keselamatan, susulan ancaman dari Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada diseluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah menasihatkan orang ramai supaya bertenang susulan ancaman keselamatan tersebut.

“PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara,

“PDRM juga sentiasa bersiap siaga dan akan memantau isu ini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply