Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin berjaya hidu stor barang seludup

Polis Marin berjaya hidu stor barang seludup

by Air Times News Network

PITAS, 29 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menghidu sebuah stor penyimpanan barangan kawalan dan menahan seorang lelaki warga tempatan dalam satu Operasi Benteng (OP BENTENG) COVID-19 yang sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan, semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, hasil risikan pihaknya mendapati suspek berumur 35 tahun dari Pitas itu memiliki stor penyimpanan barang kawalan tanpa permit yang sah untuk diseludup ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan telah menjumpai tong gas dan gelen yang berisi petrol dalam kuantiti yang banyak,

“Suspek telah gagal mengemukan dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Nilai keseluruhan tangkapan dan rampasan bernilai lebih kurang RM2,700.00,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media sosial rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4.

Menurutnya, barangan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan peraturan Kawalan Bekalan,

“Jika sabit kesalahan boleh didenda satu juta perseorangan dan penjara tiga tahun,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply