Home Semasa COVID-19: Malaysia kembali catat kes jangkitan baharu lebih paras 2,000

COVID-19: Malaysia kembali catat kes jangkitan baharu lebih paras 2,000

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Malaysia kembali mencatatkan angka baharu positif COVID-19 sebanyak 2,148 kes pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di twiternya berkata, angka terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 adalah sebanyak 367,977 kes.

Kes baharu ini merupakan yang tertinggi semenjak 5 Mac lalu iaitu sebanyak 2,145 kes.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 512 kes, diikuti Selangor (459) dan Kelantan (221).

Turut diikuti negeri lain iaitu Sabah sebanyak 202 kes; Johor (182); Kuala Lumpur (171); Pulau Pinang (134); Terengganu (57); Melaka (53); Perak (51); N Sembilan dan Pahang (34); Kedah (26); Putrajaya (8); Labuan (3) dan Perlis (1). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply