Home Pertahanan dan Keselamatan 4 kru termasuk tekong Myanmar guna bot nelayan tempatan di tahan APMM

4 kru termasuk tekong Myanmar guna bot nelayan tempatan di tahan APMM

by Nurulhuda

LUMUT, 31 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama 4 kru termasuk tekong warga Myanmar di kedudukan 8.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kelas C tersebut telah dikesan oleh anggota Kapal Maritim (KM) yang sedang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan Pulau Jarak.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot berkenaan berpangkalan di Hutan Melintang, Bagan Datuk dan disyaki menangkap ikan di zon yang dilarang serta menggunakan pukat tunda.

“Bot tersebut dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong yang merupakan warga Myanmar berumur dalam lingkungan 27 hingga 42 tahun serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Tekong dan kru serta bot ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Setiawan, malam tadi bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan kru warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” tambahnya.

Shahrizan Raman menambah, pihaknya sentiasa bersiap sedia dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun egara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply