Home SemasaGlobal Switzerland sediakan pakaian dalam tentera wanita buat kali pertama

Switzerland sediakan pakaian dalam tentera wanita buat kali pertama

by Air Times News Network

BERN, 31 Mac – Switzerland membenarkan pemakaian pakaian dalam bagi tentera wanitanya buat pertama kali.

Kebenaran ini dibuat bagi menarik minat wanita di Switzerland untuk menyertai tentera.

Dibawah sistem semasa, pakaian seragam yang dikeluarkan untuk rekrut tentera hanya dilengkapi seluar dalam lelaki.

Portal berita BBC News melaporkan, langkah percubaan ini akan bermula pada bulan April, di mana Angkatan Tentera Swiss bakal menyediakan dua set pakaian dalam berbeza untuk musim sejuk dan panas.

Anggota Majlis Nasional Switzerland, Marianne Binder berkata penyediaan pakaian dalam yang bersesuaian akan mendorong lebih ramai wanita menyertai tentera.

“Pakaian sedia ada direka untuk lelaki, tetapi jika tentera benar-benar inginkan ianya menjadi lebih feminim, langkah-langkah sesuai amat diperlukan,” katanya.

Tentera wanita sekarang dilaporkan memakai pakaian dalam lelaki yang longgar dan tidak selesa.

Menurut jurucakap tentera, Kaj Gunnar Sievert yang memberitahu agensi berita Switzerland Watson bahawa, perubahan sedang dipertimbangkan berkaitan dengan pembekalan lain seperti pakaian tempur, jaket pelindung dan beg galas.

“Tumpuan akan diberikan mengikut kesesuaian dan fungsi, kerana ukuran buat masa ini masih terhad,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Swiss, Viola Amherd menyambut baik langkah itu dan mengatakan bahawa ‘keserasian’ perlu dipertingkatkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply