Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Polis Marin sita kapal tanker, minyak diesel bernilai RM4.8 juta

Op Benteng: Polis Marin sita kapal tanker, minyak diesel bernilai RM4.8 juta

by Air Times News Network

LABUAN, 19 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sebuah kapal tanker yang disyaki membawa minyak diesel sejumlah 800,000 liter di perairan Teluk Brunei, kelmarin.

Pegawai Pemerintah, Markas Operasi PPM Wilayah Persekutuan Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, kapal tersebut ditahan kerana gagal mengemukakan lesen borong minyak diesel kepada anggota yang bertugas.

Beliau turut berkata, penahanan kapal tersebut hasil kerjasama PPM labuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng), di kawasan tersebut.

“Pada jam 12 tengah hari kelmarin, pasukan operasi telah melakukan pemeriksaan ke atas kapal tanker yang bernama Yuho Maru dan mendapati terdapat 8 kru termasuk kapten kapal berusia dalam lingkungan 20 hingga 73 tahun berada di atas kapal berkenaan,

“PPM telah menahan kapal tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya.

Menurut Saidul Maruf, keseluruhan rampasan bahan api itu termasuk kapal dianggarkan bernilai RM4.8 juta. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply