Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan sasar 25,000 rumah untuk anggota dan veteran ATM

Kementerian Pertahanan sasar 25,000 rumah untuk anggota dan veteran ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Pertahanan mensasarkan membina 25,000 unit rumah melalui Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warganya sehingga tahun 2030.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada peringkat pertama program tersebut ia membabitkan pembinaan 3,500 unit rumah jenis pangsapuri yang akan dibina di Kem Transmitter, Sungai Besi.

Beliau berkata, Program Rumah SASaR, Satria Residensi Sungai Besi ini menggunakan konsep kerjasama dengan pihak swasta di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Program ini mempunyai 3 kategori keluasan dan akan menempatkan seramai 3,000 anggota serta 500 golongan veteran tentera serta orang awam,

“Program SASar ini dimajukan oleh Pembinaan Serta Hebat Sdn.Bhd dan didirikan di atas keluasan tanah berkeluasan 23.11 ekar,

“Program ini mempunyai 3 kategori keluasan dan akan menempatkan seramai 3,000 anggota serta 500 golongan veteran tentera serta orang awam,

 

“Manakala harga jualan bermula RM150,00.00 sehingga RM250,00.00 dan ia merupakan harga mampu milik bagi anggota tentera dan veteran,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR) Satria Residensi, di Kem Transmitter, hari ini.

Sementara itu, Program SASaR Genting Klang dan Program SASaR Wardieburn merupakan projek kedua serta ketiga yang telah diluluskan secara prinsip oleh Majlis Jemaah Menteri pada 7 Ogos tahun lalu.

“Perumahan SASaR Genting Klang akan dibagunkan di lokasi Kem Genting Klang dengan keluasan 69 ekar. Manakala, Program SASaR Wardieburn pula akan dibangunkan di sebahagian kawasan Kem Wardieburn dengan keluasan 6.5 ekar,

“Kira-kira sebanyak 7,000 unit akan dibina di dua lokasi di ibu negara ini,” tambahnya.

Menurutnya, Program SASaR dilaksanakan bertujuan untuk membantu anggota tentera memiliki rumah sendiri, ekoran kementeriannya melihat masih ramai warga ATM tidak mempunyai rumah walaupun sudah bersara.

“Saya sendiri lihat ramai anggota tentera tidak memiliki rumah selepas bersara kerana rumah yang ada berharga mahal dan akhirnya mereka akan menyewa sampai bila-bila,

“Melalui program ini, mereka mempunyai peluang mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga mereka dengan harga berpatutan iaitu serendah RM150,000 bagi keluasan 1,000 kaki persegi (93 meter persegi), RM199,000 bagi 1,100 kaki persegi (102 meter persegi) dan RM250,000 bagi 1,200 kaki persegi (111 meter persegi),” katanya.

Ismail Sabri menambah, kementeriannya juga akan membeli sebanyak 2,000 unit rumah siap di Bukit Jalil untuk dijadikan kuarters tentera.

“Ini adalah konsep baharu untuk kemudahan anggota tentera kerana kita tidak mahu berlaku projek kuarters lambat siap atau tidak siap kerana ia boleh memberi kesan kepada jadual perpindahan anggota.

“Kita akan beli sebanyak 2,000 unit rumah daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk dijadikan kuarters,” ujarnya. -airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply