Home Semasa COVID-19: 2,137 angka sembuh atasi 1,448 kes baharu hari ini

COVID-19: 2,137 angka sembuh atasi 1,448 kes baharu hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,137 kes sembuh COVID-19 di Malaysia sekaligus terus mengatasi bilangan kes baharu harian iaitu 1,448 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 298,516.

Manakala jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah 317,717 kes.

“Daripada jumlah baharu hari ini, 10 kes import dan 1,438 kes membabitkan penularan tempatan,

“Bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 18,010, selain itu hari ini 5 kes kematian direkodkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan 1,191 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, seramai 151 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”

Sementara itu, beliau berkata, Selangor masih kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 561 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes dan Sarawak sebanyak 199 kes,” ujarnya.

Beliau berkata, mengenai 5 kematian baharu hari ini melibatkan 2 kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka serta Sabah yang kesemuanya warganegara.

Dalam pada itu, beliau berkata 5 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 2 kluster berkaitan tempat kerja, 2 kluster melibatkan komuniti dan 1 kluster import. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply