Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 24 PATI ditahan, 6 kenderaan dirampas

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 6 kenderaan dirampas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu itu turut merampas 6 kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 103 bot dan kapal di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Dalam operasi itu, 5 orang PATI turut diusir menerusi 3 aktiviti pengusiran.

Op Benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 264 sekatan jalan raya (SJR) semalam.

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA sebanyak 208 SJR, Op Benteng PDRM (47 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 451 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

“Daripada jumlah itu, 764 telah dikompaun 393 individu direman manakala 58 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan, merekod diri dan pelanggan (129); aktiviti pusat hiburan (82); tiada penjarakan fizikal (79) aktiviti pelacuran (75); rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (28); tidak memakai pelitup muka (49) serta premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (9),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply