Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-11 hulur bantuan 36,000 liter air bersih kepada Hospital Tibnine

MALBATT 850-11 hulur bantuan 36,000 liter air bersih kepada Hospital Tibnine

by Nurulhuda

TIBNINE, 23 Okt – Pasukan Pengaman Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 telah melaksanakan inisiatif bantuan kemanusiaan dengan menyumbangkan 36,000 liter air bersih kepada Hospital Tibnine, Lubnan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan pada 21 dan 22 Oktober itu merupakan sebahagian Program Jiwa Murni (Civil Military Cooperation, CIMIC) bertujuan membantu masyarakat setempat yang terjejas konflik yang berlarutan di negara tersebut.

Seramai 12 anggota MALBATT-11 yang diketuai oleh Mejar Mohd Razalan Ahmad telah diatur gerak bagi memastikan penghantaran air bersih ke hospital itu berjalan lancar.

Pengarah Hospital Tibnine, Dr. Mohamad Hemedeh menzahirkan penghargaan kepada pasukan MALBATT 850-11 di atas bantuan yang telah dihulurkan.

“Mereka amat terharu dengan keprihatinan MALBATT 850-11 yang dapat menyalurkan bantuan ini dalam masa yang tepat dan singkat dimana ianya akan digunakan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hospital Tibnine,” jelas MK AB dalam hantaran di laman Facebooknya.

Markas AB menjelaskan, sumbangan air bersih ini juga merupakan salah satu daripada langkah berterusan UNIFIL, bersama MALBATT, dalam memberikan sokongan kepada masyarakat tempatan yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran krisis kemanusiaan di Lubnan.

Tindakan pantas ini mencerminkan dedikasi pasukan pengaman Malaysia dalam memastikan kesejahteraan penduduk tempatan terus terjaga di tengah-tengah situasi sukar yang dihadapi oleh negara tersebut.-airtimes.my

#MALBATT #airtimes #pertahanan #PJM #Malaysia #Lubnan

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!