Home Pertahanan dan Keselamatan Produk kajian UPNM berupaya perkasa industri pertahanan negara – Ismail Sabri

Produk kajian UPNM berupaya perkasa industri pertahanan negara – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan produk kajian dan pembangunan (R&D) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berpotensi untuk memperkasakan industri pertahanan negara.

“Jika produk dihasilkan oleh UPNM sesuai dengan keperluan semasa,

“Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sedia untuk menjadi pembeli utama,” katanya semasa sidang media di UPNM, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menyarankan penyelidikan R&D oleh UPNM adalah bersesuaian dengan keperluan MINDEF dan industri pertahanan tempatan.

Ismail Sabri turut menjelaskan produk R&D UPNM mempunyai potensi tinggi untuk diketengahkan dalam pasaran komersil.

“Kita minta UPNM hasilkan penyelidikan kajian dan pembangunan bersesuaian dengan keperluan MINDEF,

“Selain itu, ia perlu diperkasakan dengan menjadi industri pertahanan sebagai fokus,” ujarnya.

Terdahulu, Ismail Sabri melaksanakan lawatan kerja pertama beliau ke UPNM, semenjak dilantik sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat dan meninjau hasil penyelidikan UPNM yang sedia untuk dikomersilkan.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan komputer riba dan kewangan kepada 20 orang penuntut institut itu.-airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply