Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: PGA usir 4 PATI Indonesia cuba ceroboh masuk Sarawak

Op Benteng: PGA usir 4 PATI Indonesia cuba ceroboh masuk Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 15 Feb – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak telah menahan dan mengusir 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk Sarawak melalui lorong tikus dalam Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

Komander Briged PGA Sarawak, Senior Asisten Komisioner Polis Mancha Ata berkata, keempat-empat suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Indonesia itu ditahan oleh anggota Batalion 11 PGA Kuching di sekitar Jalan John, Lubuk Antu pada jam 9.15 malam.

“Semasa menjalankan tugas rondaan dan risikan di sekitar Jalan John, Lubuk Antu, anggota pasukan telah terserempak dengan dua lelaki dan dua wanita dipercayai warga Indonesia dalam keadaan mencurigakan,

“Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas keempat-empat PATI tersebut, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau turut menjelaskan, kesemua mereka telah diusir pulang ke negara asal melalui jalan yang digunakan untuk masuk. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply