Home Semasa Boleh makan di restoran mulai esok – Ismail Sabri

Boleh makan di restoran mulai esok – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pelanggan makan di restoran dan kedai makan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, mulai esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, pelanggan hanya terhad kepada 2 orang satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

“Pemilik restoran juga perlu memberi tugasan kepada seorang pekerja untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ditentukan,

“Memastikan kehadiran pekerja dan pelanggan direkodkan, penjarakan fizikal 1 meter semasa berada di premis dipatuhi dan menghadkan bilangan pelanggan berada di premis pada
satu-satu masa, “ katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, kerajaan juga bersetuju membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada para peniaga kecil.

“Antara sektor perniagaan yang dibenarkan seperti kedai pakaian, kasut, barangan fotografi, barangan rumah dan peralatan dapur serta kedai aksesori kenderaan,” tambahnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply