Home Semasa COVID – 19 : 3,391 kes baharu, Selangor masih catat kes harian tertinggi

COVID – 19 : 3,391 kes baharu, Selangor masih catat kes harian tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak  3,391 kes baharu COVID – 19 dalam masa 24 jam dengan 19 kematian direkodkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah 234,874 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 48,751 kes.

Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 3,387 kes tempatan manakala 4 lagi kes import.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, terdapat 3,392 kes sembuh sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 185,278 kes.

Sehingga hari ini, sebanyak 310 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, negeri Selangor masih merekodkan pertambahan kes harian tertinggi sebanyak 1,228 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu adalah 75,297 kes.

Ini diikuti oleh negeri Johor sebanyak 598 dan Kuala Lumpur sebanyak 395 kes.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 15 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti pada hari ini.

“Kluster yang dikenal pasti melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, dua 2 kluster komuniti dan 1 kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi,

“Manakala, 442 kluster termasuk dua 2 kluster yang tamat iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra,

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes), dan Kluster Industri Serkam (96 kes),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply