Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan perlu rawatan segera di IJN

TUDM terbangkan kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan perlu rawatan segera di IJN

by Air Times News Network

SUBANG, 1 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki dan bayi perempuan yang menghadapi masalah komplikasi jantung telah diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuching, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang untuk menjalani pembedahan segera dan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak lelaki tersebut Faaed Faizal berusia 2 tahun mengalami masalah jantung ‘Severe Mitral Regurgitation On Non-Invasive Ventilation’.

“Manakala bayi perempuan, Dollyn Ting Xiang Ling berusia 2 bulan menghadapi masalah ‘Large Ventricular Septal Defect, Severe Coarctation Of Aorta’,

“Sebelum ini kedua-dua pesakit telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Menurutnya, penerbangan ihsan ini telah menggunakan pesawat A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Pesawat telah diterbangkan oleh Mejar Mohd Aliff Samsuddin TUDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Muhammad Nursaidi Mohd Dzali TUDM,

“Anak kapal lain turut terlibat adalah Jurutera Penerbangan, Mej Mohd Helmee Mostapa TUDM; Jurumalim, Kapten Sazmil Nor Azman TUDM dan 3 ‘Loadmaster’,” ujarnya.

Pesawat berlepas dari Kuching pada jam 1.36 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 3.29 petang.

Turut mengiringi kanak-kanak dan bayi tersebut adalah ibu kedua-dua pesakit berserta seorang pegawai perubatan iaitu Dr. Nurul Asyikin Rosli. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply