Home Semasa COVID-19: 5,725 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini

COVID-19: 5,725 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Malaysia mencatat kes harian tertinggi sejak wabak COVID-19 melanda negara iaitu 5,725 kes baharu direkodkan, hari ini.

Beliau berkata, dengan penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 203,933 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 45,478 kes.

Manakala, bagi kes sembuh wabak berkenaan dilaporkan sebanyak 3,423, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 157,722.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,718 adalah penularan tempatan, sementara 7 import.

Pada hari ini, negeri Selangor terus merekodkan pertambahan kes harian tertinggi sebanyak 3,126 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 62,189 kes.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 687 kes, dan Johor sebanyak 684 kes,” ujarnya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 301 pesakit dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 115 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 16 lagi kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan kematian berkaitan COVID-19 meningkat kepada 733 kes. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply