Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM terbangkan 2 bayi alami masalah jantung ke IJN

TUDM terbangkan 2 bayi alami masalah jantung ke IJN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa dua bayi lelaki dari Kota Kinabalu, Sabah ke Pangkalan Udara Subang untuk menjalani prosedur pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, kedua-dua bayi tersebut telah diterbangkan menggunakan pesawat A400M dari No. 22 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

“Sebelum ini kedua-dua bayi lelaki itu menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu Sabah,

“Kedua-dua bayi lelaki tersebut Mohammad Zayan Hafeez Abdullah berusia 3 bulan 3 minggu yang mengalami masalah jantung Mixed Total Anomalous Pulmonary Vanous Drainage (Unobstructed) dan Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin berusia 1 bulan menghadapi masalah ‘Clinical Down Syndrome’,” katanya.

Pesawat ini telah diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah Zainal TUDM, dan Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor sebagai pembantu juruterbang.

“Penerbangan itu turut disertai 2 ‘Loadmaster’, Sarjan Udara Norfadley Saad serta Sarjan Udara Nazmil Hafis Mohamad Nayan bersama 2 ‘Technician’ Koperal Udara Mohd Yazid Sapeei dan Koperal Udara Muhammad Haziq Shaharuzaman,

“Pesawat berlepas dari Kota Kinabalu pada jam 7.04 petang dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 9.41 malam,

“Turut mengiringi bayi dalam penerbangan ini adalah ibu bayi berkenaan berserta seorang pegawai perubatan dan 2 orang jururawat,” katanya.

Menurut hantaran itu, penerbangan ihsan tersebut dilaksanakan TUDM bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan segera tertakluk kepada kriteria tertentu terutama nasihat daripada pegawai perubatan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply