Home Semasa COVID-19: Angka kes jangkitan baharu masih melebihi paras 3 ribu

COVID-19: Angka kes jangkitan baharu masih melebihi paras 3 ribu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 15 Jan – Malaysia mencatatkan sebanyak 3,211 kes jangkitan harian COVID-19 pada hari ini.

Angka tersebut merangkumi 3,206 penularan tempatan dan 5 lagi kes import.

Hari ini merupakan hari kedua Malaysia mencatatkan kes jangkitan harian melebihi angka 3 ribu.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 35,253 kes aktif direkodkan. Sementara itu, 204 pesakit sedang dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 87 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kes kematian terus bertambah dengan 8 orang pesakit dilaporkan maut akibat wabak itu.

Seramai 1,939 pesakit telah disahkan sembuh.

Dari segi taburan negeri, Selangor masih menjadi negeri tertinggi dalam mencatatkan kes harian iaitu 889 kes, diikuti Johor sebanyak 535, Sabah 514, dan Kuala Lumpur 401.

Pulau Pinang mencatatkan 194 kes sementara Kedah 194.

Sehingga hari ini, bilangan pesakit dijangkiti wabak itu adalah seramai 151,066 orang dengan 115,227 daripadanya telah disahkan sembuh.

Angka kematian pula mencecah 586 orang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply