Home Semasa Timbalan Menteri Komunikasi positif COVID-19

Timbalan Menteri Komunikasi positif COVID-19

by M.Daim

PUTRAJAYA, 13 Jan – Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini disahkan menghidap COVID-19.

Pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata, keputusan ujian saringan telah diterima oleh beliau pada awal pagi tadi.

“Timbalan Menteri menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lalu,

“Beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Zahidi sebelum ini telah menjalani ujian saringan pada 25 Disember lalu dan disahkan negatif wabak COVID-19 pada ketika itu.

Ahli Parlimen Padang Besar itu merupakan wakil rakyat yang keenam disahkan dijangkiti wabak COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply