Home Pertahanan dan Keselamatan PKPD 3 lokaliti Bentong dilanjutkan

PKPD 3 lokaliti Bentong dilanjutkan

by Nurul Aini

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Diperketatkan (PKPD) di  Apartment Amber Court, Apartment Ria dan rumah kongsi Kampung Semaut di Jalan Genting, Bentong dilanjutkan sehingga 6 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ini dilanjutkan kerana  terdapat risiko jangkitan baharu yang dikesan dari kontak rapat kes positif yang menjalani ujian saringan COVID -19.

Beliau menegaskan PKPD di Apartment Amber Court, Apartment Ria diteruskan atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,183 ujian saringan, sebanyak 381 kes positif COVID-19 telah direkodkan dan 85 masih menunggu keputusan,

“Sehingga kini KKM telah melaksanakan saringan ke atas semua penduduk, di Rumah Kongsi Kg Semaut,

“Hasil saringan yang dibuat mendapati terdapat 3 orang bergejala dan ujian RTK Antigen yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif,” ujarnya.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan (PKPD) di tiga kawasan ini bermula 10 sehingga 23 Disember 2020.-airtimes

Related Articles

Leave a Reply