Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat C130H TUDM terbangkan 7 tan bekalan makanan ke Sabah

Pesawat C130H TUDM terbangkan 7 tan bekalan makanan ke Sabah

by Hazli Fikri

SUBANG, 22 Dis– Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan dengan membawa 7 tan bekalan makanan ke Sabah untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu yang terjejas akibat COVID-19, pagi tadi.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, misi ini telah diaturgerakkan menggunakan pesawat angkut jenis C130H dari No 20 Skuadron, Pangkalan Udara (PU) Subang.

“Pesawat telah diterbangkan oleh Mej Izwanshah TUDM dan dibantu oleh Kapt Faiz TUDM selaku Pembantu Juruterbang,

“Penerbangan ini membawa makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak menerusi Program Kembara Prihatin Negara (KPN) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),

“Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah hadir ke PU Subang bagi menyempurnakan majlis simbolik penyerahan sumbangan oleh syarikat korporat kepada beliau serta menyaksikan proses kotak-kotak bekalan makanan dimasukkan ke dalam badan pesawat,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan wakil syarikat korporat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply