Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Helikopter sewa langkah sementara ganti Nuri sebelum beli yang baru – Ismail Sabri – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Helikopter sewa langkah sementara ganti Nuri sebelum beli yang baru – Ismail Sabri

Helikopter sewa langkah sementara ganti Nuri sebelum beli yang baru – Ismail Sabri

by Pasri Asyraf

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jj7fs8OPNWs[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, langkah menyewa helikopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan rancangan jangka pendek bagi menggantikan perkhidmatan helikopter Nuri.

Semasa sesi penggulungan di Dewan Negara, Menteri turut menyatakan ianya merupakan langkah sementara bagi menunggu perolehan helikopter baharu menggantikan Nuri.

“Bagi penggantian pesawat Nuri, program penggantian pesawat ini telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Jan 2020 melalui 2 Rancangan iaitu Jangka Pendek dan Jangka Panjang,

“Bagi Rancangan Jangka Pendek, penggantian helikopter Nuri akan dilaksanakan melalui kaedah sewaan,” kata Ismail Sabri.

Beliau menambah, perolehan helikopter sewaan telah dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka.

“Iklan Tender Terbuka Tempatan telah dibuka pada 15 Oktober 2020 dan telah ditutup pada 17 Disember 2020,

“Proses selanjutnya adalah Penilaian Tender sebelum diputuskan untuk dianugerahkan kepada syarikat tempatan yang terpilih,” jelasnya.

Menyentuh Rancangan Jangka Panjang perolehan helikopter baharu, Ismail Sabri menjelaskan ianya akan dilakukan pada pertengahan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Proses Perolehan baharu dijangka bermula pada pertengahan RMK-12 bagi memastikan helikopter baharu diterima sebaik sahaja kontrak sewaan tamat,” ujarnya.

Sebelum ini, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Seri Ackbal Abdul Samad mengesahkan TUDM telah menamatkan pengoperasian 12 buah helikopter Nuri setelah hampir 60 tahun perkhidmatannya.

Ackbal berkata, kos penyelenggaraan yang terlalu mahal selain usia yang sudah terlalu uzur merupakan faktor utama operasi Nuri ini dihentikan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?