Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut LCS lewat tiba: Kementerian Pertahanan tuntut RM180 juta dari Boustead Naval Shipyard

LCS lewat tiba: Kementerian Pertahanan tuntut RM180 juta dari Boustead Naval Shipyard

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kementerian Pertahanan mengemukakan notis tuntutan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) berjumlah RM180 juta kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) berikutan kelewatan pembekalan kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, notis itu dikeluarkan selepas kementerian menjalankan siasatan terhadap BNS berhubung isu tersebut.

“Pihak kementerian telah melaksanakan siasatan melalui semakan ke atas klausa kontrak berkaitan isu kelewatan yang telah dialami dalam perolehan LCS ini,

“Hasil daripada siasatan ini telah membawa kepada pengeluaran Notis Tuntutan Liquidated and Ascertained Damages (LAD) yang berjumlah RM180 juta, di mana sebanyak RM80.6 juta telah berjaya dipungut secara set-off pada Oktober 2020,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan mengenai isu tersebut.

Sehingga kini, Kementerian Pertahanan telah membayar RM6 bilion kepada syarikat berkenaan bagi harga kos pembinaan kapal tersebut.

Mengikut perancangan asal, 2 daripada 6 LCS itu sepatutnya sudah diterima, namun sehingga 31 Julai, belum ada kapal disiapkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply