Home Semasa NGO lapor polis, filem ‘babi’ Namewee burukkan imej Malaysia

NGO lapor polis, filem ‘babi’ Namewee burukkan imej Malaysia

by Hazli Fikri

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau Namewee mengenai filem babi yang boleh memburuk-burukkan imej Malaysia di luar negara.

Pengasas Gabungan NGO Melayu dan Anak Seni (GABUNG), Ellie Suriati Omar berkata, Namewee mempunyai niat dan agenda  tersembunyi kerana filemnya tidak ditayangkan di Malaysia sebaliknya di luar negara.

“Dia buat filem mengenai masyarakat 3 bangsa di Malaysia, tetapi tidak ditayangkan dalam negara sendiri, di mana dia sendiri yang tidak melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF),

“Namewee tidak wajar menyatakan filemnya diharamkan, sedangkan filem beliau tidak melalui proses LPF,

“Paparan imej visual melalui trailer yang dikatakan sama jahat, Melayu, India dan Cina tetapi beliau menggambarkan intitusi persekolahan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perspektif negatif,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Beliau yang juga sebagai penggiat industri kreatif, menyarankan pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 supaya siasatan menyeluruh dilaksanakan.

Dalam pada itu, Ellie turut menyeru pihak penggiat industri kreatif untuk memberi ruang dan keadilan buat Namewee.

“Filem dia harus ditayangkan melalui satu tayangan khas kepada PDRM, Kementerian Dalam Negeri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), LPF dan SKMM supaya kita jangan main persepsi,

“Jika ia adalah untuk kebaikan perpaduan bangsa, biarlah satu tayangkan khas di tayangkan dan jika ia benar akhirnya dapat menyatu padukan perpaduan bangsa tayangkanlah pada cinema Malaysia,

“Kenapa awak (Namewee) memilih untuk tayang di luar, sedangkan buat filem di Malaysia pakai sijil perakuan penggambaran (SPP),” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa menegaskan filem ini merupakan satu propaganda yang mempunyai imej buruk kepada sistem pendidikan dan PDRM.

“Filem ini mempunyai agenda yang dibelakangnya ada individu yang menaja untuk memburukkan negara kita di luar negara,

“Filem ini adalah propaganda zaman moden melalui media sosial yang cuba merosakkan imej negara kepada luar, kalau dahulu zaman komunis melalui surat dan sebagainya,

“Saya harap satu tindakan yang berat dan keras sepatutnya diambil kepada mereka ini, Namewee hanyalah satu budak suruhan kepada orang-orang dibelakang penerbitan filem ini,” tegasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply