Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
3,836 kes serangan siber terhadap sektor awam – MKN – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan 3,836 kes serangan siber terhadap sektor awam – MKN

3,836 kes serangan siber terhadap sektor awam – MKN

by Azura Daril

PUTRAJAYA, 17 Dis – Kerajaan akan menubuhkan satu kumpulan kerja bagi menyelaras inisiatif penilaian dan pengukuhan keselamatan siber terhadap agensi-agensi dan sektor awam kritikal yang terpilih.

Ini kerana peningkatan bilangan kes insiden siber dari awal tahun sehingga 30 November 2020 mencatatkan sebanyak 3,836 insiden di mana 31.5% kes adalah melibatkan pencerobohan dan 53.19% pula kes jangkitan malware.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan berkata, sebanyak 16 agensi telah dikenal pasti untuk pelaksanaan inisiatif ini bagi fasa pertama.

Keputusan dibuat pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam mesyuarat itu, kerajaan juga bersetuju untuk menggubal undang-undang mengenai keselamatan siber dan Pasukan Petugas Khas akan diwujudkan bagi mengenal pasti serta mengkaji isu-isu berkaitan keselamatan siber.

Mesyuarat ini dijalankan sebagai satu langkah kerajaan untuk memulakan pelaksanaan pelan tindakan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang telah dilancarkan pada 12 Oktober lalu.

MKN menjelaskan, peningkatan insiden siber ini boleh menjejaskan imej dan reputasi agensi yang seterusnya memberi kesan negatif kepada kepercayaan pemegang taruh (stakeholder) dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

“Serangan Advanced Persistent Threat (APT), ransomware dan pencerobohan sistem ICT kerajaan adalah isu serius yang perlu diatasi kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya ketirisan maklumat strategik,

“Ia secara tidak langsung akan menjejaskan operasi dan mencalarkan imej. Kesannya, ia mengakibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,

“Selain itu, keadaan ekonomi dan kestabilan politik turut tergugat serta kesejahteraan rakyat terancam,” tambahnya.

Menurut MKN, pelaksanaan MCSS ini juga merangkumi tindakan perlindungan ke atas sistem-sistem kritikal pihak swasta dan persendirian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?