Home Politik Agong isytihar darurat, PRK Gerik dan DUN Bugaya ditangguh

Agong isytihar darurat, PRK Gerik dan DUN Bugaya ditangguh

by Shahir Ali

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersetuju untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah sebagai langkah proaktif dalam membendung gejala wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan berkata, pengisytiharan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut dibuat setelah Seri Paduka Baginda berpuashati dan berkenan untuk menangguhkan PRK berkenaan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Dalam menyembah nasihat kepada Seri Paduka Baginda, Jemaah Menteri pada 4 Disember 2020 telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik dan Bugaya jika diadakan pada masa pandemik COVID-19 susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini,

“Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam,

“Saya bagi pihak Jemaah Menteri menjujung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply