Home Semasa Malaysia konsisten dan teguh perjuangkan hak rakyat Palestin

Malaysia konsisten dan teguh perjuangkan hak rakyat Palestin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan pendirian Malaysia tetap tidak akan berganjak sampai bila-bila dan konsisten serta teguh dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Hishamuddin menerusi hantaran di media sosialnya berkata, satu-satunya penyelesaian yang boleh diusahakan terhadap konflik Palestin-Israel adalah dengan penubuhan negara Palestin yang bebas berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara.

“Walaupun isu Palestin bukan isu serantau, namun saya bagi pihak Malaysia tetap membangkitkan ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN pagi tadi,

“Ini penting, supaya seluruh dunia terutama negara ASEAN tahu betapa teguhnya sokongan serta tekad Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin,

“Pendirian ini tidak akan berganjak sampai bila-bila,” tegas Hishamuddin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Mesyuarat Berkaitan diadakan menerusi sidang video secara langsung yang dihoskan oleh Vietnam selaku Pengerusi ASEAN untuk tahun 2020. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply