Home Semasa Kastam rampas rokok seludup, minuman keras bernilai RM1.04 juta

Kastam rampas rokok seludup, minuman keras bernilai RM1.04 juta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, telah mematahkan penyeludupan rokok putih dan minuman keras dalam dua serbuan berasingan di Teluk Intan dan Ipoh pada minggu lalu.

Pengarah JKDM Perak, Dr. Mohamad Saprin dalam kenyataanberkata, hampir 1.4 juta batang rokok putih telah dirampas di Taman Saujana Bakti di Teluk Intan Perak, pada Sabtu.

“Rampasan minuman keras import pelbagai jenama bernilai lebih kurang RM40.000 termasuk cukai pula dibuat dalam serbuat sebuah permis peniagaan di Ipoh,

Menurutnya, dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an telah ditahan bagi membantu sisatanberkenaan rampasan minuman keras tersebut.

Tambahnya lagi, kedua-dua kes akan disiasat di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Mohamad Saprin turut  menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang larangan seperti rokok, minuman keras, mercun dan dadah kepada pihak berkuasa.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply