Home Pertahanan dan Keselamatan 456 individu dikompaun ingkar PKPP

456 individu dikompaun ingkar PKPP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Seramai 456 individu telah ditahan dan dikompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPP tersebut termasuk tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikan, gagal menyediakan peralatan butiran diri, aktiviti pusat hiburan dan lain-lain kesalahan.

Beliau berkata, PDRM juga telah membuat 60,089 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP.

“Selain itu, PDRM turut membuat pemantauan di 3,751 pasar raya, 4,988 restoran serta 1,558 penjaja, 1,284 kilang, 3,634 bank dan 540 pejabat kerajaan,

“Sebanyak 941 terminal pengangkutan darat, 253 terminal pengangkutan air serta 72 terminal pengangkutan udara turut dipantau,”katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan PKPP, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, Operasi Benteng (Op Benteng) juga telah menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong serta berjaya merampas 2 kenderaan darat, semalam.

“Op Benteng turut mengadakan sebanyak 298 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara melibatkan PDRM (224), ATM (65) dan AKSEM (9),” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply