Home Semasa 6 kluster baharu dikesan di Sabah, Selangor dan Pulau Pinang

6 kluster baharu dikesan di Sabah, Selangor dan Pulau Pinang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Jumlah kluster COVID-19 yang sedang aktif di negara ini telah meningkat kepada 70 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat pertambahan 6 kluster baharu dikesan di seluruh negara.

Beliau menjelaskan, 4 kluster yang dikesan di Sabah ialah Kluster Semarak di daerah Tawau, Kluster Bina di Beaufort, Kluster Sabindo di Tawau dan Kluster Bestari dikesan di Sandakan.

“Kes indeks bagi Kluster Semarak telah dikenalpasti COVID-19 hasil saringan pada 3 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Seramai 14 telah disahkan positif, manakala 5 masih menunggu keputusan,” jelasnya pada sidang media khas, hari ini.

Bagi Kluster Bina pula, Dr Noor Hisham menjelaskan kes indeks telah dikesan dan dimasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober lalu. Seramai 14 telah dikesan positif COVID-19 dan 45 negatif.

Klsuter Sabindo telah dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober lalu dan dimasukan ke Hospitau Tawau.

“Sehingga 13 Oktober 2020, seramai 76 individu telah disaring, dimana 14 dikesan positif, 51 lagi negatif manakala 11 individu masih menunggu keputusan saringan,” tambahnya.

Kluster Bestari pula telah dikesan dan dimasukan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan telah menjangkiti 19 individu.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan 1 kluster baharu telah dikesan di Selangor iaitu ialah Kluster Bah Kenangan. Kes indeks kluster ini telah dimasukan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga hari ini, 38 indivisu telah disaring, di mana 18 dikesan positif, 15 negatif dan 5 individu masih menunggu keputusan,

“Klsuter Penjara Jawi di Pulau Pinang telah dikesan melalui kes ke 11,802 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah. Seramai 18 individu dikesan positif COVID-19 dan 5 masih menunggu keputusan ujian sarinagn tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply