Home Semasa COVID-19: Kluster Ara pula dikesan di Pulau Pinang

COVID-19: Kluster Ara pula dikesan di Pulau Pinang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu kes baharu jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Ara di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes indeks kluster ke-10,024 adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia.

“Kes indeks telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia,

“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini iaitu kes ke-10,217 merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kes dikesan positif COVID-19 semalam dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 16 individu telah disaring dan 2 individu disahkan positif serta 14 lagi dikesan negatif,

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” ujarnya.

Selain itu, Dr Noor Hisham mengesahkan terdapat 52 kes baharu yang dilaporkan sehingga 12.00 tengah hari ini membabitkan 40 kes tempatan dan 12 kes import.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,219 kes. Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 734 kes dan telah diasingkan serta diberi rawatan,” katanya.

Menurutnya, kes penularan tempatan paling tinggi dikesan di Sabah iaitu 36 kes, termasuk 27 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu.

Manakala 3 kes saringan komuniti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar yang melibat warganegara.

“Sehingga kini, terdapat 10 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply