Home Pertahanan dan Keselamatan 180 PATI, 5 penyeludup dan seorang tekong ditahan dalam Op Benteng

180 PATI, 5 penyeludup dan seorang tekong ditahan dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan semalam, berjaya menahan seramai 180 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 penyeludup dan seorang tekong.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas 5 kenderaan darat.

“Sebanyak 89 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam melibatkan PDRM sebanyak (67 SJR), AKSEM (10 SJR) dan ATM (12 SJR),” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-187 dan hari ke-103 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 522 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 342 individu telah dikompaun menakala 180 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (363), penjarakan fizikal (81), tidak memakai pelitup muka (36), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (17), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12), keluar dari kawasan PKPD tanpa alasan kukuh (1), premis beroperasi tanpa kebenaran (5), dan tangkapan warga asing tanpa dokumen perjalanan diri (7).- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply