Home Semasa COVID-19: Warga emas 82 tahun korban terbaharu Kluster Sungai

COVID-19: Warga emas 82 tahun korban terbaharu Kluster Sungai

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Seorang lelaki berusia 82 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit strok menjadi mangsa ke-130 maut akibat wabak COVID-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, mangsa telah mengalami gejala dema pada 4 September lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan.

“Pesakit telah disahkan positif COVID-19 pada 9 September lalu setelah dikesan sebagai kontak rapat kepada anak dan cucu beliau yang merupakan kes positif kluster Sungai,

“Kesihatan beliau didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.45 petang 18 September,” jelasnya.

Kluster Sungai merupakan antara 12 kluster yang dikesan masih aktif di dalam negara ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham mengesahkan terdapat 1 kluster baharu dikesan di Semporna, Sabah. Kes indeks Kluster Bakau merupakan pesakit ke-129 yang disahkan meninggal dunia akibat wabak pandemik itu.

Menurut beliau, seramai 2 orang kontak rapat telah dikesan menghidapi COVID-19 sementara 106 individu lagi masih menunggu keputusan saringan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan seramai 51 orang pesakit telah dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang.

Bilangan kes jangkitan baharu pula adalah sebanyak 20 kes dengan 3 daripadanya merupakan kes import manakala 17 lagi melibatkan penularan dalam negara.

Kedah mencatatkan 9 kes baharu sementara Sabah pula mencatatkan 8 kes.

Pada masa yang sama, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 722 kes.

Sehingga hari ini, jumlah jangkitan kes COVID-19 di malaysia adalah seramai 10,167 orang dengan 9,315 lagi disahkan pulih. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply