Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: APMM bongkar taktik baharu penyeludup dadah guna pelampung

Op Benteng: APMM bongkar taktik baharu penyeludup dadah guna pelampung

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 18 Sept – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Johor berjaya membongkar taktik baharu sindiket penyeludupan dadah dengan menggunakan pelampung di perairan Tanjung Piai awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata bot ronda Maritim Negeri Johor (MNJ) telah menemui dua pelampung yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine atau syabu yang diikat pada boya.

“Modus operasi berkenaan dipercayai merupakan kali pertama digunakan oleh sindiket penyeludupan untuk menyeludup keluar dadah ke negara jiran,

“Kejadian berlaku semasa bot ronda MNJ yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut di posisi kira-kira 1.9 batu nautika barat daya Tanjung Piai, Johor,

“Hasil daripada maklumat risikan yang diterima, pemeriksaan dilakukan dan mendapati terdapat dua pelampung berwarna putih berukuran lebih kurang 35.56 sentimeter setiap satu terikat di boya tersebut,” katanya.

Manakala hasil pemeriksaan ke atas pelampung tersebut didapati terdapat 4 bungkus teh Cina seberat lebih kurang 4.10 kilogram dengan purata berat 1.03 kilogram bagi setiap bungkusan.

“4 bungkusan tersebut mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu,

“Nilai keseluruhan rampasan dadah berkenaan dianggar bernilai RM225 ribu dengan nilai pasaran semasa di negara ini lebih kurang RM55 ribu bagi setiap kilogram,” ujarnya.

Tegasnya, APMM Johor akan melakukan siasatan dan menjejaki pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah ini dan dalang jenayah rentas sempadan akan dikenakan tindakan keras. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply