Home Pertahanan dan Keselamatan National Task Force tahan 83 PATI dalam Op Benteng

National Task Force tahan 83 PATI dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Sept – National Task Force (NTF) menerusi Op Benteng telah berjaya membuat 28 tangkapan yang melibatkan 83 pendatang asing tanpa izin (PATI), 1 tekong dan 1 penyeludup yang cuba menceroboh sempadan negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi tersebut turut merampas 1 bot dan 5 kenderaan darat.

“Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan yang melibatkan PDRM (65 SJR), AKSEM (10 SJR), dan ATM (4 SJR) semalam,

“Operasi Benteng membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM), yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM juga telah membuat 58,050 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Semalam, PDRM telah menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 47 individu telah dikompaun dan seorang individu dijamin,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply