Home Pertahanan dan Keselamatan Kos senggaraan pesawat TUDM tinggi kerana usia aset yang lanjut – Menteri Pertahanan

Kos senggaraan pesawat TUDM tinggi kerana usia aset yang lanjut – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan usia pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang lama merupakan antara punca kos senggaraan pesawat menjadi tinggi.

“Keperluan alat ganti yang lebih mahal dan penglibatan kepakaran luar negara dalam melaksanakan kerja senggaraan (MRO) adalah memerlukan kewangan yang banyak,

“Selain itu, umur pesawat yang agak lanjut punca kos senggaraan tinggi,” jelas Menteri Pertahanan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.

Menyentuh isu belanjawan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Wan Hassan Mohd Ramli  (Dungun) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Ismail Sabri menjelaskan belanjawan yang diterima adalah lebih kecil berbanding yang dipohon.

“Pihak kementerian Pertahanan telah memohon sebanyak RM 368.842 juta. Namun kita telah diberikan sebanyak RM 203.7 juta berserta peruntukan tambahan sebanyak RM 30 juta,

“Oleh itu, defisit antara pemohonan dan peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM 135.142 juta,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

1 comment

Biaya Perawatan Pesawat Tempur Malaysia Tinggi Karena Usia Tua - JakartaGreater 15 August 2020 - 7:11 pm

[…] Kuala Lumpur, Jakartagreater.com – Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahwa umur tua pesawat tempur Royal Malaysian Air Force (RMAF) menjadi salah satu alasan mengapa biaya perawatan pesawat begitu tinggi, lansir Airtimes. […]

Reply

Leave a Reply