Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan akan tentukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji – Air Times News Network
Home Semasa Kerajaan akan tentukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji

Kerajaan akan tentukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menegaskan satu badan bebas diperlukan bagi meneliti dan menilai segala transaksi Tabung Haji (TH).

“Kerajaan amat memahami bahawa perlunya satu badan bebas dan berautoriti untuk meneliti dan menilai segala transaksi segala transaksi TH,

“Cadangan ini akan dipertimbangkan dan diperhalusi oleh kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, ianya melibatkan semua transaksi yang telah dan akan dilakukan pada masa hadapan.

Beliau menambah, isu TH akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada terdekat. Antara perkara yang dibincangkan adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Fokus kerajaan adalah untuk memastikan segala operasi TH dapat dijalankan secara berintegriti dan beramanah – selari dengan matlamat serta hasrat ia ditubuhkan,

“Pada masa ini, keutamaan kita adalah untuk memastikan TH bergerak mengikut landasan dan matlamatnya,” kata Menteri Agama di Dewan Rakyat pada hari ini.

Isu penubuhan RCI telah ditimbulkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen semenjak pertengahan Julai lalu bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga TH terdahulu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?