Home Pertahanan dan Keselamatan RM 6 billion dah dibayar, ‘batang hidung’ Maharaja Lela entah ke mana

RM 6 billion dah dibayar, ‘batang hidung’ Maharaja Lela entah ke mana

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menegaskan pihaknya akan melakukan tindakan tegas terhadap pihak kontraktor berhubung kelewatan projek Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

LCS atau lebih dikenali sebagai kapal frigat kelas Maharaja Lela merupakan antara kapal baharu yang diperolehi untuk TLDM melalui perancangan 15-to-5.

Menurut Menteri Pertahanan, tiada satu pun daripada 6 buah kapal yang dirancang telah siap sehingga hari ini.

“Sepatutnya 2 buah kapal telah siap namun tiada kapal yang telah siap. Selain itu, projek ini mengalami kelewatan sebanyak 56.7% berbanding perancangan asal,

“Sehingga kini, terdapat 5 buah kapal sedang dibina sementara kapal ke-6 pula belum dibina,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan, kelewatan yang dihadapi adalah selama 31.1 bulan.

“Pihak Kementerian akan menyediakan surat tuntutan denda kelewatan kepada syarikat  terbabit  selaras dengan Klausa Kontrak yang berkuatkuasa,

“Tiada sebarang perancangan bagi memberikan suntikan dana tambahan buat masa ini. Segala pembayaran bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan telahpun dibayar selaras dengan klausa kontrak.

“Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) telah diminta untuk menggunakan baki peruntukan sedia ada bagi meneruskan projek ini,” kata Ismail Sabri.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan pihak syarikat terbabit perlu mengambil inisiatif berkaitan pada peringkat dalaman dan bukannya melalui kontrak ini sekiranya mereka memerlukan dana tambahan.

3 pilihan terakhir 

Selain itu, Menteri Pertahanan turut menyatakan pihaknya sedang melakukan semakan akhir dan akan membentangkan hala tuju projek kepada Jemaah Menteri.

“Pilihan pertama, projek diteruskan dengan melantik Naval Group France sebagai Kontraktor Penyelamat melalui Deed of Assignment. BNSSB menggunakan baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya 2 buah LCS,

“Pilihan kedua, projek diteruskan oleh BNSSB dengan baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya 2 buah LCS,

“Pilihan ketiga, kontrak dengan BNSSB ditamatkan dan Kementerian akan memulakan usaha menyelamatkan projek,

“Kerajaan tidak akan membayar hutang-hutang BNSSB, sebagai dimohon syarikat,” tegas Ismail Sabri.

Kapal kovet El Fateh milik Tentera Laut Mesir direka berdasarkan Gowind. Kapal ini ditauliahkan pada tahun 2017 selepas kontrak perolehan ditandatangani pada 2014.

Beliau menambah, kerajaan akan melaksanakan pembayaran untuk mendapatkan hak dan menyiapkan Detailed Design. Selain itu, tuntutan akan dibuat ke atas semua blok, hull kapal dan peralatan-peralatan LCS yang dibeli oleh BNSSB.

“Kerajaan telah membayar sebanyak hampir RM3 bilion bagi tujuan ini,” ujarnya.

Kontrak perolehan kapal ini telah ditandatangani pada tahun 2014. Reka bentuk Maharaja Lela adalah berdasarkan kapal kovet kelas Gowind yang direka oleh syarikat DCNS (kini Naval Group) dari Perancis. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply